Thursday, January 13, 2011

Amalan kebaikan walaupun remeh tetap dinilai

HIDUP ini harus dipenuhi dengan amal salih dan meninggalkan semua amal jahat kerana itulah sifat sebenar mukmin. Islam mengajarkan segala perbuatan baik dilakukan dengan ikhlas sama ada besar atau kecil, sedikit atau banyak tetap dinilai oleh Allah SWT dan tersedia baginya ganjaran pahala.
Allah SWT menggalakkan kita berlumba mengerjakan kebaikan dengan tidak menetapkan nilai atau ukurannya seperti firman-Nya bermaksud:
“Maka berlumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan.” – (Surah al-Baqarah, ayat 148)
Adakalanya kebaikan itu mungkin kecil pada pandangan manusia, tetapi nilainya besar pada pandangan Allah. Memberi senyuman tidak kira kepada siapa pun ketika bertemu mungkin dianggap perkara kecil atau remeh tetapi senyuman ikhlas yang diberikan itu mempunyai nilai sedekah kerana menimbulkan kegembiraan orang lain, mengeratkan ukhuwah sesama Muslim.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman).” – Hadis riwayat Muslim)
Mengukir senyuman adalah kebaikan yang tidak memerlukan modal, namun ganjarannya besar dan begitu memberi kesan positifnya dalam kehidupan bermasyarakat.
Lihatlah, berapa banyak restoran yang laris jualannya dan memikat ramai pengunjung kerana keramahan dan senyuman pemilik serta pelayannya berbanding restoran yang memberi layanan tidak mesra.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” – (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini mengisahkan seorang lelaki melalui sebatang jalan yang biasa dilalui kaum Muslimin dan terlihat sebatang dahan berduri seakan-akan mahu jatuh. Bimbang dahan itu jatuh dan menimpa orang ramai, lelaki berkenaan memotong dahan itu.


 Disebabkan kebaikannya, Allah mengampuninya dan memasukkan dia ke syurga. Lelaki tadi kelihatannya membuat sedikit saja kebaikan, tetapi Allah merahmati dan membalas perbuatannya dengan nilai sangat besar iaitu syurga penuh kenikmatan.
Kita tidak tahu sebenarnya apakah amalan kita selama ini yang mendatangkan rahmat dan keredaan Allah. Mungkin rahmat dan reda Allah datang sewaktu kita mengukir senyuman kepada rakan, sewaktu memberi salam atau memimpin orang yang buta melintas jalan.
Jadi, meremehkan kebaikan kecil itu sebenarnya salah besar kerana siapa tahu, dengan kebaikan kecil itulah yang akan memberikan pahala besar, meraih rahmat dan reda Allah SWT.

Saturday, December 25, 2010

Satu Keinsafan



 1. Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

2. Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya. . siapa dia…. tiba2 aku merasa dada ku sesak… sukar untuk bernafas…. namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku…… terus erjalan….. kekerongkongku. … sakittttttttt. …….sakit. …..rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,… Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku…..Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku…kkhh. …….. khhhh….. kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit….. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras…. mataku terbelalak.. … air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

3. Namun setelah itu….. aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya. Aku heran… isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

4. Siapa dia.. ????? Mengapa anak2 dan isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi… Siapa dia……….????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia…….. dia……. dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan…????

5. Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu….. Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak… tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku… Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati… aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis…. berteriak. ……Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

6. Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis……. masaku telah terlewat…. aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

7. Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

8. Sebarkan e-mail dakwah ini kerakan-rakan Anda, Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka Anda telah menyia2 kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan.

“Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka”